Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Tuesday, June 16, 2020

KERJA LAPANGAN PUNGUTAN HARGA PENGGUNA JUN 2020


Pungutan Harga Pengguna bagi bulan Jun giat dilaksanakan bermula pada 14 Jun 2020 di seluruh daerah di Negeri Kelantan. Walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19, tugas pungutan data masih perlu digalas oleh anggota DOSM Kelantan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak.

Kelihatan salah seorang anggota DOSM Kelantan yang melaksanakan kerja pungutan data di sekitar bandar lama Gua Musang dengan mengamalkan norma baharu. 

Abe-abe, kakak-kakak hok bagi kerjasama ko anggota kito ni, kito ucap terimo kasih banyok la deh.

#Dataandamasadepankita