Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Monday, June 15, 2020

PENGENALAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahii Wabarakaatuh...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurniaNya jua, satu laman blog perkongsian info-info berkaitan DOSM Kelantan dan warganya dapat dilancarkan dengan jayanya.

Tahniah diucapkan khususnya kepada Team Blogger DOSM Kelantan dengan ketekunan menyumbang idea dan kreativiti demi mencipta satu laman blog yang berupa diari nostalgia kepada setiap warga DOSM Kelantan. Memori yang tersimpan di dalam storan laman ini, sebagai kenangan abadi kepada anda semua sebagai salah seorang insan yang pernah menyumbang bakti dan khidmat setia di sini.

Oleh yang demikian, seribu ucapan penghargaan dan tahniah juga kepada seluruh warga DOSM Kelantan yang cemerlang. Kita semua adalah umpama bangunan-bangunan yang tersusun rapi, saling berkait dan berhubung di antara satu dengan yang lainnya. Andai satu di antara kita roboh, maka rebahlah bangunan yang tersergam megah. Kesatuan kita yang kukuh dan padulah yang berjaya menampilkan kita sebagai satu struktur yang mantap dan gah.

Namun demikian, setiap kesatuan itu paling utama yang menentukan kejayaan adalah kehebatan pemimpinnya. Beliau sebagai inspirasi seluruh warga DOSM Kelantan, sebagai pencetus idea dan inspirasi utama demi terciptanya laman blog ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih dari seluruh warga DOSM Kelantan kepada Tuan Pengarah, En Zuraidy bin Haji Zainal Abidin. Beliau lah tulang belakang yang menjadi pemacu kejayaan kita semua.

TAHNIAH DOSM KELATE!!!
WE ARE THE BEST!!!

-STAY HOME-
-STAY SAFE-
KITO JAGO KITO DEH. INGAT TU BLAKO


- Team Blogger DOSM Kelate -