Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Thursday, June 25, 2020

PAMERAN DI PASAR NELAYAN LKIM, PULAU GAJAH.

Team Pameran DOSM Kelantan telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara di Pasar Nelayan LKIM, Pulau Gajah, Kelantan pada 7 Mac 2020 (sabtu). Program tersebut diadakan sempena membuka tirai tahun 2020 dengan semangat kebersamaan dalam memacu dan memperkasakan sektor perlancongan dan kebudayaan dalam meraikan Tahun Melawat Malaysia 2020.
                              
Team Pameran DOSM Kelantan yang diketuai oleh Cik Wan Nur Hanarizwa dan 6 orang anggota tetap telah turut sama turun ke padang bagi menjayakan program tersebut.

Kehadiran Pengarah DOSM Kelantan ke tapak pameran memberikan suntikan semangat buat anggota untuk terus menjayakan promosi banci pada kali ini.
       
Tentatif program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12 malam. Antara aktiviti yang dirancang oleh penganjur ialah Demonstrasi Sorbek Perahu Kolek, Pameran Perahu Kolek Berhias, Demontrasi Cat Air, Demontrasi Pembuatan Batik dan Pandai Keris, Interaktif Kraf, Pertunjukan Ayam Cantik, Bengkel Seni Young Art Entrepreneurs(YAE), Pameran Agensi dan Jabatan, Ceramah Agama serta Persembahan Dikir Barat.


 



Program tersebut telah berlansung dengan jayanya.Suasana juga begitu meriah dan mendapat sambutan ramai terutama dari penduduk sekitarnya.



- Tg. Mona -