18 Jan 2023 (Rabu)
Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM
Kelantan ke atas En Mohd Zin bin Halim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor
Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN).
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang berdaftar di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berada di seluruh Negeri Kelantan. Di
mana maklumat-maklumat berkenaan akan dijadikan panduan semasa pelaksanaan
Banci Ekonomi 2023 yang bermula Mac nanti. Pengarah DOSM Kelantan juga turut
memaklumkan mengenai Hari Statistik Negara yang disambut setiap tahun oleh DOSM
dan menjemput pihak JPN untuk sama-sama menyertai sambutan berkenaan dengan
keterlibatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM
iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua lapisan
masyarakat.
Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang
terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci
Ekonomi 2023 nanti.