Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Sunday, February 5, 2023

Program Data Review Survei Pendapatan, Perbelanjaan & Kemudahan Asas Isirumah (HIES) 2022

 

30 & 31 Jan 2023

Program Data Review Survei Pendapatan, Perbelanjaan & Kemudahan Asas Isirumah (HIES) 2022 yang telah diadakan di ILSM, Sungkai, Perak pada 30 dan 31 Jan 2023. Pengarah DOSM Kelantan dan 5 orang pegawai turut hadir ke Program Data Review HIES berkenaan.