18 Jan 2023 (Rabu)
Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas En Mohd Zin bin Halim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN).
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berada di seluruh Negeri Kelantan. Di mana maklumat-maklumat berkenaan akan dijadikan panduan semasa pelaksanaan Banci Ekonomi 2023 yang bermula Mac nanti. Pengarah DOSM Kelantan juga turut memaklumkan mengenai Hari Statistik Negara yang disambut setiap tahun oleh DOSM dan menjemput pihak JPN untuk sama-sama menyertai sambutan berkenaan dengan keterlibatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang
terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci
Ekonomi 2023 nanti.
#Dosmkelantan
#StatsMalaysia
#OpenDOSM
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti
#LindungiDiriLindungiSemua
Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.dosm.gov.my
Facebook: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.facebook.com/StatsMalaysia
Facebook: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan
https://www.facebook.com/DOSMKelantan
https://twitter.com/StatsMalaysia
Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan
https://twitter.com/Dosm_kelantan
https://www.instagram.com/statsmalaysia
https://instagram.com/dosm_kelantan