Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Sunday, February 5, 2023

Kunjungan Hormat daripada UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

15 Jan 2023 (Ahad)

YABrs Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari pihak UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu di DOSM Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ts. Dr. Khalid bin Abdul Wahid, Penolong Rektor UiTM Kampus KB, Encik Zustaman bin Awang Soh, Pegawai Eksekutif, Encik Amir Abdul Azim Bin Jamludin, Penolong Pendaftar dan Puan Hazreeni binti Hamzah wakil Pensyarah keran sudi hadir ke DOSM Kelantan.

Diharap dengan kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara DOSM dan UiTM dalam memperkasakan institusi Pendidikan dan pembangunan negara.










#DOSMKelantan

#StatsMalaysia

#OpenDOSM

#StatistikNadiKehidupan

#StatistikSegalanyaPasti