18 Jan 2023 (Rabu)
Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas En Zaidi bin Daud, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Kelantan (JMG) yang bertempat di JMG Malaysia Negeri Kelantan.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan senarai pelombong yang mengusahakan sektor perlombongan dan pengkuarian di seluruh Negeri Kelantan untuk dipadankan dengan rangka pertubuhan sektor berkenaan di DOSM Kelantan dan akan dibuat panduan serta rujukan semasa Banci Ekonomi 2023 yang akan dilaksanakan bermula Mac 2023 nanti. Turut dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua.
Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang terjalin
dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci Ekonomi 2023
nanti.
#Dosmkelantan
#StatsMalaysia
#OpenDOSM
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti
#LindungiDiriLindungiSemua
Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.dosm.gov.my
Facebook: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.facebook.com/StatsMalaysia
Facebook: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan
https://www.facebook.com/DOSMKelantan
https://twitter.com/StatsMalaysia
Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan
https://twitter.com/Dosm_kelantan
https://www.instagram.com/statsmalaysia