Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

KENALI KAWASAN ANDA

https://kawasanku.dosm.gov.my

Malaysia Open Data Ocean

Platform alternatif untuk data terbuka bagi Statistik Rasmi yang dihasilkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

DASHBOARD BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA

https://www.dosm.gov.my/mycendash/

MALAYSIA ECONOMIC RECOVERY DASHBOARD

Navigasi pemulihan ekonomi melalui statistik.

STATISTICS

Bloom in Harmony

MY LOCAL STATS

Visualisasi Interaktif.

Monday, February 6, 2023





 


Sunday, February 5, 2023

Kunjungan Hormat daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

5 Februari 2023(Ahad)

YABrs Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Zaharin Bin Bakri, Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kerana sudi hadir ke DOSM Kelantan.









Kunjungan Hormat Pengarah DOSM Kelantan kepada CIDB Kelantan

2 Feb 2023 (Khamis)

 

Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas Encik Nazri bin Zakaria, Pengarah CIDB Kelantan. 2 orang pegawai dari DOSM Kelantan turut hadir bersama Tuan Pengarah.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat serta senarai kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dari pelbagai peringkat. Melalui dapatan tersebut, akan dapat membantu DOSM semasa Banci Ekonomi 2023 akan datang. Tuan Pengarah turut berkongsi mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci Ekonomi 2023 nanti.

 





Kunjungan Hormat Pengarah DOSM Kelantan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kota Bharu.

 2 Feb 2023 (Khamis)

Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas m.k Mastura binti Mat Zin, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kota Bharu. 2 orang pegawai dari DOSM Kelantan turut hadir bersama Tuan Pengarah.

Tujuan lawatan adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara SSM dan DOSM dalam meningkatkan dapatan maklumat syarikat dan pertubuhan perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Melalui dapatan tersebut, akan dapat membantu DOSM semasa Banci Ekonomi 2023 akan datang. Dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci Ekonomi 2023 nanti.

 




Program Data Review Survei Pendapatan, Perbelanjaan & Kemudahan Asas Isirumah (HIES) 2022

 

30 & 31 Jan 2023

Program Data Review Survei Pendapatan, Perbelanjaan & Kemudahan Asas Isirumah (HIES) 2022 yang telah diadakan di ILSM, Sungkai, Perak pada 30 dan 31 Jan 2023. Pengarah DOSM Kelantan dan 5 orang pegawai turut hadir ke Program Data Review HIES berkenaan.








Kunjungan Hormat Pengarah DOSM Kelantan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN)

 18 Jan 2023 (Rabu) 

Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas En Mohd Zin bin Halim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN).

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berada di seluruh Negeri Kelantan. Di mana maklumat-maklumat berkenaan akan dijadikan panduan semasa pelaksanaan Banci Ekonomi 2023 yang bermula Mac nanti. Pengarah DOSM Kelantan juga turut memaklumkan mengenai Hari Statistik Negara yang disambut setiap tahun oleh DOSM dan menjemput pihak JPN untuk sama-sama menyertai sambutan berkenaan dengan keterlibatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah.  Dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci Ekonomi 2023 nanti.

 


Kunjungan Hormat Pengarah DOSM Kelantan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Kelantan (JMG)

 18 Jan 2023 (Rabu) 

Kunjungan hormat En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas En Zaidi bin Daud, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Kelantan (JMG) yang bertempat di JMG Malaysia Negeri Kelantan.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan senarai pelombong yang mengusahakan sektor perlombongan dan pengkuarian di seluruh Negeri Kelantan untuk dipadankan dengan rangka pertubuhan sektor  berkenaan di DOSM Kelantan dan akan dibuat panduan serta rujukan semasa Banci Ekonomi 2023 yang akan dilaksanakan bermula Mac 2023 nanti. Turut dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua.

Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci Ekonomi 2023 nanti.

 





Lawatan Muhibah Pengarah DOSM Kelantan kepada Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Kelantan

 18 Jan 2023 (Rabu)

Lawatan Muhibah En Fareza bin Mohamad Sani, Pengarah DOSM Kelantan ke atas Dr Erniyta binti Osman, Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Kelantan yang bertempat di Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan senarai nelayan berlesen yang berdaftar di jabatan berkenaan. Nelayan keseluruhan termasuk nelayan laut dalam, air tawar dan akuakultur untuk persediaan Banci Pertanian 2024. Turut dikongsikan juga mengenai produk terbaru DOSM iaitu OpenDosm Next Gen yang mengetengahkan data terbuka kepada semua.

Diharap dengan perkongsian dan hubungan dua hala yang terjalin dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam melancarkan Projek Banci Pertanian pada 2024 nanti.

 





Sesi Dialog Awam bersama YB Menteri Ekonomi bersama Warga DOSM

17 Januari 2023

DOSM Kelantan turut menyertai Sesi Dialog Awam YB Menteri Ekonomi bersama warga DOSM secara atas talian.

 






#dosmkelantan

#StatsMalaysia

#OpenDOSM

#StatistikNadiKehidupan

#StatistikSegalanyaPasti

Sesi Perjumpaan Pengarah bersama Warga DOSM Kelantan

 15 Jan 2023 (Ahad)

 Sesi perjumpaan Pengarah DOSM Kelantan bersama warga DOSM Kelantan telah diadakan di Wisma Ilmu Tabung Haji yang mana ia melibatkan semua seksyen teknikal iaitu Seksyen Isirumah dan Harga, Seksyen Rangka dan Pemetaan, Seksyen Ekonomi dan Seksyen Prosesan dan Analisis.

Tujuan perjumpaan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah dan mewujudkan rasa kebersamaan di antara Pengarah dan warga. Beliau turut berkongsi mengenai perancangan-perancangan projek survei dan banci  serta aktiviti yang akan dilaksanakan di DOSM sepanjang tahun 2023. Turut disampaikan perkongsian amanat Dato' Seri Ketua Perangkawan di awal tahun baru 2023. Diharap semua warga dapat memenuhi hasrat dan memberi kerjasama sepenuhnya untuk setiap perkara yang dirancang.