Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

KENALI KAWASAN ANDA

https://kawasanku.dosm.gov.my

Malaysia Open Data Ocean

Platform alternatif untuk data terbuka bagi Statistik Rasmi yang dihasilkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

DASHBOARD BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA

https://www.dosm.gov.my/mycendash/

MALAYSIA ECONOMIC RECOVERY DASHBOARD

Navigasi pemulihan ekonomi melalui statistik.

STATISTICS

Bloom in Harmony

MY LOCAL STATS

Visualisasi Interaktif.

Monday, July 13, 2020

RM 2,208 MERUPAKAN PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN BAHARU

Liputan berita Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 dan Laporan Perbelanjaan Isi Rumah dalam Sinar Harian edisi 11 Julai 2020


Friday, July 10, 2020

PENGAMBILAN PENYELIA DAN PEMBANCI DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 30 OGOS 2020!!!

Assalamualaikum Wrt,

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dijemput bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan. Kekosongan Jawatan yang diperlukan di seluruh daerah. 

Jadi hok mano berminat tu bulih la pakat isi online deh. Mudah doh lo ni tok keno mari Jabat Perangkaan ambik bore isi bore doh. Hok mana duduk jauh, Gua Musang, Kuala Krai, Dabong, Jeli, Tanah Merah, bulih isi dari rumah jah.

Jimat maso, jimat tenago jimat segalo-galo. Mek awe, kak, adik, abe, pade ngan klik jah deh. Mano nok klik ter!!!!

Haaaa...nih sinih mari sinih kita pakat klik. Ayoh, mok, mama, papa, mokwe, mokngoh, Pakdo pun bulih tulong isi ko anok-anok, anok buoh masing-masing.

Yakk, besar doh tu kita wi link nak wi mudoh ko ore-ore kelate kita ngisi bore 😁😁😁😁

CEPAT!!! CEPAT!!! 30 OGOS TUTUP PERMOHONAN!!!..HAA DERAH-DERAH!!!










PERKUKUH SISTEM STATISTIK NEGARA

Liputan berita pelaksanaan banci penduduk dalam berita harian edisi 8 Julai 2020

BANCI 2020 BAKAL MEMPERLIHATKAN PERUBAHAN SOSIO-EKONOMI NEGARA


KENYATAAN MEDIA
BANCI 2020 BAKAL MEMPERLIHATKAN PERUBAHAN SOSIO-EKONOMI NEGARA
Lebih enam dekad telah berlalu sejak negara menikmati kemerdekaan. Pelbagai pola hidup masyarakat berbilang kaum telah kita alami dalam mengorak langkah mencapai status negara maju. Perubahan dari sudut sosio-ekonomi, infrastruktur dan prasarana seperti pendidikan, kesihatan, perumahan dan banyak lagi. Berbanding dengan keadaan Tanah Melayu sebelum merdeka di bawah jajahan British, Malaysia kini menunjukkan perkembangan yang lebih positif dan membanggakan. Yang jelas di sini, perancangan pembangunan dijalankan adalah untuk keperluan penduduk dan ia berdasarkan maklumat yang diperolehi dari bancian.
Dengan adanya data banci penduduk, pemerintah boleh mengetahui perkembangan pertumbuhan penduduk sekaligus boleh membantu merancang arah perkembangan pembangunan yang ingin dilaksanakan. Bahkan di Malaysia banci penduduk amat penting kerana ia boleh memberi suatu rentetan sejarah perkembangan dan pertumbuhan penduduk terutama di Semenanjung Malaysia.
Dalam tren ekonomi semasa, dijangkakan kadar populasi penduduk miskin akan meningkat memandangkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang meletakkan RM980 bagi isi rumah sudah tidak relevan.
Selain itu, tren belia dari segi pekerjaan turut sudah berubah berbanding sedekad yang lalu. Ditambah dengan kesan daripada pandemik COVID-19, ramai belia di Malaysia telah dibuang kerja dan penglibatan mereka di dalam ekonomi GIG dan freelance bakal membentuk sebuah perubahan dalam corak sosio ekonomi negara. Hal ini bakal memperlihatkan beberapa dasar kerajaan bakal digubal dalam melindungi golongan yang terjejas dari segi ekonomi ini.
MBM berpendirian data banci yang dilakukan oleh kerajaan selang 10 tahun sekali bukan satu dokumen mengenai penduduk semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ini kerana, ia boleh memberi gambaran tentang apa yang berlaku ke atas penduduk terhadap sesuatu dasar dan polisi kerajaan yang dilaksanakan sebelumnya. Apa yang penting, data tersebut dapat menjadi satu garis panduan kepada perancangan pembangunan sosio-ekonomi serta dasar dan polisi kerajaan yang akan dilaksanakan.
MBM mengajak seluruh belia dan rakyat untuk jayakan dengan bersungguh sungguh Banci 2020 dalam membantu kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat demi masa depan Negara.
JUFITRI JOHA

Presiden
Majlis Belia Malaysia
Bertarikh : 8 Julai 2020

Artikel dipetik dari : https://www.facebook.com/StatsMalaysia/posts/3357005840987679


RAGAM BANCI MINGGU PERTAMA 7-10 JULAI 2020

Inilah senario minggu pertama banci dijalankan. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan situasi sebenar di lapangan yang dilaksanakan oleh anggota DOSM Kelantan. Pelbagai ragam responden dan pembanci yang amat menarik dan mencabar untuk disimpan sebagai kenangan kami.

Minggu pertama bermula 7-10 Julai 2020, rata-rata responden yang dilawati memberikan kerjasama yang terbaik. Ini begitu melancarkan proses pungutan data. Alhamdulillah.

Terima kasih rakyat kelate. Demo semuo meme terbaik!!!

klik pautan ini ke laman eCensus:


Thursday, July 9, 2020

BANCI MALAYSIA SIRI 4. MARI ORE KELATE KITO PAKAT KELIH NI.

Assalamualaikum Wrt Wbt.

Mai sini blako sedaro maro ambo ore kelate, acu tengok ni Negeri Kelate kito, buke setakat tersohor dengan Pemerintah Perempuan Cik Siti Wan Kembang, tetapi kita jugok banyak tempat-tempat tarikan.

Tarikan kita selain daripada masyarakat berbilang kaum di Negeri Kelate samada Melayu, Siam, Cina, India dan lain-lain fasih berdialek Kelate, kita juga ada Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Stong di Jelawang, Dabong.

Masyarakat kita cukup aman damai dan sejahtera. Jadi apa kata kita saksikan kesejahteraan dan kemakmuran negeri tersayang kita ni. Haaa pakat-pakat mai kelih ni.

Pastu jange lupo deh...sekarang ni kita dah start Banci Penduduk. 7 Julai kita start dan sedang berlangsung. Kalu napok ada pembanci kita lalu depan rumah tu, panggil la dia tanya ada poskad dok untuk ambo...ingat "DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

Masa depan kita tu termasuklah masa depan negeri dan generasi kita.

Rakyat Kelate TERBAIK!!!!


Tuesday, July 7, 2020

TAKLIMAT TRAINING TO TRAINERS (TTT) MODUL e-CENSUS DAN CATI (PERINGKAT DOSM NEGERI), MALAYSIA INTEGRATED POPULATION CENSUS SYSTEM (MyIPCS), BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020 (BANCI 2020) KEPADA PSH DOSM KELANTAN


Hari in, 7 Julai 2020 sekali lagi berlangsung Taklimat Training To Trainers Modul e-Census kepada para Pekerja Sambilan Harian (PSH). Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Zuraidy bin Haji Zainal Abidin, Pn. Wan Aziam bt Wan Awang, En. Rasid bin Mat Jin dan En. Mohd Adenan.

Taklimat diadakan di Bilik Taklimat Tingkat 7, Wisma Ilmu, Kota Bharu.


 

 


BLOG DOSM KELANTAN TELAH DILANCARKAN PADA 6 JULAI 2020


Semalam (6 Julai 2020) turut dilancarkan Blog DOSM Kelantan yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Encik Zuraidy bin Haji Zainal Abidin.


SOLAT HAJAT SEMPENA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020

Solat hajat dilaksanakan pada 6 Julai 2020 semoga banci yang dilaksanakan nanti berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT. Solat hajat ini turut disertai oleh Tuan Pengarah, Encik Zuraidy bin Haji Zainal Abidin dan diimamkan oleh Encik Wan Adnan bin Wan Isa.


  


TAKLIMAT TRAINING TO TRAINERS (TTT) MODUL e-CENSUS DAN CATI (PERINGKAT DOSM NEGERI), MALAYSIA INTEGRATED POPULATION CENSUS SYSTEM (MyIPCS), BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020 (BANCI 2020) KEPADA MyCD DOSM KELANTAN

Sekitar suasana Taklimat Training To Trainers kepada MyAD dan MyCD pada 6 Julai 2020 sebagai sebahagian daripada persiapan terakhir sebelum Banci Penduduk pada 7 Julai 2020 sehingga 31 September 2020

      

 

     

  




PERSEDIAAN AKHIR SEBELUM PELAKSANAAN BANCI FASA PERTAMA


Saksikan detik-detik persediaan akhir DOSM KELATE yang berlangsung semalam (6/7/2020-Isnin) sebelum pelaksanaan banci fasa pertama.

Sama-samalah kita berdoa semoga semua urusan berjalan lancar dan kita semua dapat melaksanakan banci ini dengan jayanya

"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

Klik pautan ini untuk eCensus:


Monday, July 6, 2020

CERIA PAGI BERSAMA TUAN PENGARAH DOSM KELANTAN DI RADIO kelantan.fm

Hari ini (6 Julai 2020) Tuan Pengarah En. Zuraidy bin Hj. Zainal Abidin bersiaran di radio kelantan.fm berkaitan Hebahan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

STATISTIK PENDUDUK NEGERI KELANTAN 2019

Kelantan
  • Tempat Kediaman 2019 sebanyak 402.1 ribu
  • Kelahiran Hidup 2019 sebanyak 37,582
  • Kematian 2019 sebanyak 11,389 
Maklumat lanjut layari:
            https://www.dosm.gov.my
 

STATISTIK SOSIOEKONOMI KELANTAN SEPINTAS LALU


Maklumat lanjut layari: 
https://www.dosm.gov.my 



EKONOMI MALAYSIA TUMBUH SECARA MARGINAL 0.7% PADA SUKU TAHUN PERTAMA 2020


Ekonomi Malaysia tumbuh secara marginal 0.7% pada ST1 2020
      • Pertumbuhan ekonomi disokong terutamanya oleh Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan dari segi pengeluaran 
      • Dari segi perbelanjaan, Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta tumbuh sederhana
Maklumat lanjut layari:
https://www.dosm.gov.my/


BULETIN KHAS NEGERI KELANTAN







PELANCARAN HARI BANCI MALAYSIA AKAN DIADAKAN PADA 7 JULAI 2020



Pastikan anda mengikuti Pelancaran Hari Banci Malaysia pada 7 Julai 2020, yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

POSKAD e-CENSUS YANG AKAN DIEDARKAN KE SETIAP KEDIAMAN TERPILIH BANCI FASA 1



Beginilah rupa bentuk poskad e-Census Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. Ianya bercetak depan dan belakang seperti gambar 1 dan 2.

Muka Pertama
  • Invitation Code - Kod yang akan dimasukkan semasa proses pendaftaran kali pertama
Muka Kedua
  • Tatacara untuk daftar masuk ke sistem e-Census
  • Nombor telefon pembanci yang bertanggungjawab
  • Nombor telefon hotline myCensus
Sekiranya poskad seperti ini didapati di dalam peti pos rumah anda, segeralah anda menjawabnya.

"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

Maklumat lanjut layari:
www.mycensus.gov.my
www.dosm.gov.my

KERJA-KERJA TAMPALAN STIKER FOLIO PEMBANCI DAN PENYELIA GIAT DILAKSANAKAN

Kerja penampalan stiker pada Folio Pembanci dan Folio Penyelia giat dilaksanakan. Selama 8 hari seperti dijadualkan, kesemua folio-folio selesai ditampal bermula 25 Jun 2020 dan berakhir pada 2 Julai 2020