Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Monday, July 6, 2020

ATLET DOSM KELATE

Baru-baru ini En. Maliki dan En. Iskandar telah menyertai Larian Ultron Malaysia Kota Bharu New Year Nite Run 2020 yang telah diadakan pada 04 Januari 2020, Jam 8.45 malam dan tempat pendaftaran adalah di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Mereka berdua menyertai Larian ini adalah sepanjang 7 km di Jalan Tengku Petra Semerak  bermula dan tamat di hadapan Grand Riverview Hotel. 

 Apa yang menarik tentang acara larian ini?

Program ini dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat mengisi masa lapang pada cuti hujung minggu di samping dapat mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.