Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Monday, July 6, 2020

PUNGUTAN HARGA PENGGUNA (PHP) MINGGUAN DI PASAR MELOR DAN GERAI BUAH PASIR PUTEH

Pungutan Harga Pengguna (PHP) Mingguan menggunakan peranti Tablet dijalankan setiap ari Ahad pada minggu pertama dan minggu ke 3 bagi setiap bulan. Item yang terlibat adalah item pasar seperti ikan, ayam, daging, buah, santan dan sayur-sayuran. 

Pn Asmafarwani sedang menjalankan PHP Mingguan di Pasar Melor dan Gerai Buah di Pasir Puteh dengan mengamalkan norma baru. Peniaga Pasar Melor dan Gerai Buah di Pasir Puteh, terima kasih dengan kerjasama anda.