Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Friday, July 10, 2020

RAGAM BANCI MINGGU PERTAMA 7-10 JULAI 2020

Inilah senario minggu pertama banci dijalankan. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan situasi sebenar di lapangan yang dilaksanakan oleh anggota DOSM Kelantan. Pelbagai ragam responden dan pembanci yang amat menarik dan mencabar untuk disimpan sebagai kenangan kami.

Minggu pertama bermula 7-10 Julai 2020, rata-rata responden yang dilawati memberikan kerjasama yang terbaik. Ini begitu melancarkan proses pungutan data. Alhamdulillah.

Terima kasih rakyat kelate. Demo semuo meme terbaik!!!

klik pautan ini ke laman eCensus: