Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Thursday, July 2, 2020

TAKLIMAT TRAINING TO TRAINERS (TTT) e-CENSUS & CATI (PERINGKAT DOSM NEGERI)

Taklimat training to Trainers (TTT) Modul e-census dan CATI (Peringkat DOSM Negeri), Malaysia Intergrated Population Census System (MyIPCS), Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) telah diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2020 secara webinar.

Semua MyAD merupakan peserta DOSM Kelantan yang terlibat sepanjang sesi yang taklimat berlangsung selama tiga hari.