Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Thursday, August 6, 2020

KLINIK e-CENSUS BERSAMA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN KEMISKINAN (INSPEK) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Klinik e-Census telah dilaksanakan di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) Universiti Teknologi Malaysia Kelantan pada 23 Julai 2020.


Turut bersama turun padang bagi menjayakan program ini adalah Tuan Pengarah DOSM Kelantan, En. Zuraidy bin Haji Zainal Abidin serta pegawai-pegawai DOSM Kelantan yang sentiasa bersedia memberi bantuan tatacara pengisian e-Census kepada kakitangan INSPEK.

Tahniah kepada anda semua yang telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tercinta.

"PASTIKAN DEMO DIBANCI"
"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"
"KITA JAGA KITA"