Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Wednesday, August 12, 2020

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH DOSM KELANTAN KEPADA YBRS REKTOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN

 11 OGOS 2020

Tuan Pengarah DOSM Kelantan En. Zuraidy Hj Zainal Abidin telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang pada 11 Ogos 2020 (Selasa)

Antara perkara yang dikongsikan adalah berkaitan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 serta penerangan berkaitan pengisian e-Census. Dalam perbincangan ini juga dibincangkan berkenaan klinik e-Census di UiTM Machang dan Kota Bharu.

Terima kasih dari pihak DOSM Kelantan kepada YBrs Rektor dan UiTM Cawangan Kelantan dengan sambutan yang istimewa.

https://ecensus.mycensus.gov.my