27 JULAI 2020
Tuan Pengarah DOSM Kelantan En. Zuraidy telah mengadakan kunjungan hormat kepada Consul General di Kedutaan Thailand, Kota Bharu, Mr. Mongkol Simsomboon pada 27 Julai 2020 yang lalu.
Kunjungan ini dilakukan sebagai promosi pengisian e-census dan penerangan mengenai tatacara pengisian maklumat di dalam e-Census.
Anggota DOSM Kelantan yang turut hadir bersama adalah Pn. Wan Aziam, Penolong Pengarah DOSM Kelantan dan En. Kah Sem A/L Le Ah.
Terima kasih diucapkan dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Consul General, Kedutaan Thailand di Kota Bharu.
"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"