Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Thursday, August 6, 2020

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DOSM KELANTAN KEPADA KETUA POLIS KELANTAN

27 JULAI 2020


Tuan Pengarah, En. Zuraidy bin Haji Zainal Abidin, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Polis Kelantan YDH DCP Dato' Hasanuddin bin Hassan, bertempat di IPK Kelantan. Ada bersama adalah Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH SAC Abdullah bin Mohammad Piah dan YDH DSP Iskarnor bin Abd Karim, Pegawai Turus Perlesenan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Kunjungan tersebut  adalah menerangkan secara terperinci berkaitan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 serta kaedah dan tatacara pengisian e-Census.

Turut hadir bersama adalah Pn. Masleza binti Muhammad, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Sosial), Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pegawai-pegawai DOSM Kelantan iaitu Pn. Wan Aziam binti Wan Awang, Cik Wan Nurhasnarizwa binti Wan Hassan dan Pn. Nur Khuzaimah binti Lokhman.