Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Saturday, August 29, 2020

KLINIK eCENSUS KEPADA ANGGOTA PASUKAN 16 RAMD DAN 5 RRD DI KEM DESA PAHLAWAN

 25.8.2020

Suasana sekitar Klinik e-Census kepada anggota pasukan 16 RAMD dan 5 RRD bertempat di 16 RAMD, Kem Desa Pahlawan.

Sambutan, semangat, kerjasama dan kesungguhan para anggota tentera amat membanggakan. Terima kasih dengan kerjasama semua.

"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

https://ecensus.mycensus.gov.my