Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Saturday, August 29, 2020

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DOSM KELANTAN KEPADA PANGLIMA MARKAS 8 BRIGED

 24.8.2020

Kunjungan hormat Tuan Pengarah, Encik Zuraidy bin Haji Zainal Abidin kepada YBrs Panglima 8 Briged di Markas 8 Briged, Pengkalan Chepa Brig-Jeneral Zamsari Abu Hasan.

Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan ini adalah berkaitan pelaksanaan e-Census dan Klinik e-Census yang akan diadakan di kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan. YBrs Panglima juga turut mengisi e-Census dengan dipandu oleh pegawai dari DOSM kelantan yang turut hadir bersama.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada YBrs Panglima dengan kerjasama yang diberikan.

"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

Jom isi e-Census:

https://ecensus.mycensus.gov.my