Kelantan menyumbang 1.8 peratus kepada ekonomi nasional pada tahun 2018 dengan merekodkan nilai ditambah RM24.1 bilion (2017: RM23.5 bilion). Sektor Perkhidmatan dan Pertanian merupakan dua (2) sektor yang mendominasi struktur ekonomi Kelantan. Kedua-dua sektor ini masing-masing menjana RM16.7 bilion (69.3 peratus) dan RM5.4 bilion (22.5 peratus) kepada nilai KDNK Kelantan.

Saturday, August 22, 2020

KLINIK eCENSUS DI UITM CAWANGAN KELANTAN - KAMPUS MACHANG

 18-19 OGOS 2020

Sepanjang dua hari bertempat di UiTM Machang, telah dilaksanakan klinik eCensus Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. Sambutan dan kehadiran yang amat baik dari kalangan warga kerja UiTM sepanjang tempoh tersebut. Bagi yang tidak sempat hadir, boleh kunjungi klinik kami di UiTM Kota Bharu pada 23 Ogos 2020 (ahad) nanti.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan UiTM dan kepada semua warga kerja UiTM. Tahniah kerana anda semua telah berjaya menyelesaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia.

"DATA ANDA MASA DEPAN KITA"

JOM KITA SEMUA ISI eCENSUS:

https://ecensus.mycensus.gov.my

18.8.2010







19 Ogos 2020